Dia pun mencuba dahulu pekerjaannya itu sambil menstabilkan jadual waktu belajarnya dan bekerja. Dia bekerja pada hujung minggu. Pada hari lain, dia belajar macam biasa. Suatu hari, rakan kerjanya memberinya suatu idea untuk menambahkan pendapatan sampingan.
"Apa kata awak cuba jual gula-gula di kolej awak ?"
Bagi Sarah Atira, dia langsung tidak pernah memikirkan tentang idea seperti itu. Dia merasakan itu suatu idea yang sangat baik sekali. Sepanjang hari dia tersenyum sambil memikirkan idea itu. Rakan kerjanya juga memberitahu tentang lokasi kedai borong gula-gula yang sangat dekat dengan tempat kerja mereka.
Balik dari bekerja, dia terus menelefon ibu ayahnya tentang hasratnya untuk menjual gula-gula. Ibu ayahnya bersetuju dengan cadangannya itu. Asalkan dia melakukannya secara serius dan bukannya hanya angan-angan semata-mata. Nasib baik pada waktu itu Sarah masih mempunyai simpanannya di dalam bank. Dia mula membuat pelan awalnya seperti hari untuk pergi memborong gula-gula, waktu yang sesuai untuk menjual gula-gula, bajet, dan sebagainya. Disebabkan jadual kerjanya setiap hari penuh, dia harus memikirkan waktu yang sesuai untuk keluar pergi memborong.
Pada awalnya, dia langsung tidak memberitahu rakan serumahnya tentang hasratnya itu. Dia tidak mahu menyusahkan rakan-rakannya. Lagipun semua rakan rumahnya sudah balik kampung ketika itu kerana pada waktu itu ialah cuti pertengahan semester. Sarah tidak pulang ke kampung kerana dia mahu memenuhi masa lapangnya dengan mencari sumber kewangan. Biarlah dia bekorban masa sekarang, yang penting dia tidak menyusahkan orang lain.
Sambil menulis strategi menjual gula-gula, dia terfikir.
"aku mahu mula menjual gula-gula selepas musim cuti pertengahan semester ini."
(nantikan sambungannya)

No comments:
Post a Comment