Saturday, 28 November 2015

Renungan Bersama

Munajat Orang Yang Bertaubat

Dengan Asma Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya Allah, limpahkanlah solawat ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad.

Tuhanku, kesalahan telah menutupku dengan pakaian kehinaan, perpisahan dari-Mu telah membungkusku dengan jubah kerendahan. Besarnya dosaku telah mematikan hatiku. Hidupkan daku dengan ampunan-Mu, wahai Cita dan dambaku. Wahai ingin dan harapku. Demi Keagungan-Mu, tidak kudapatkan pengampunan dosaku selain-Mu. Tidak kulihat penyembuh lukaku selain-Mu. Daku pasrah berserah pada-Mu, daku tunduk bersimpuh pada-Mu. Jika Kau usir daku dari pintu-Mu, kepada siapa lagi daku bernaung. Jika Kau tolak daku dari sisi-Mu, kepada siapa lagi daku berlindung. Celaka sudah diriku, lantaran aib dan celaku, malang benar daku kerana kebodohan dan kejahatanku.

Daku bermohon pada-Mu, wahai pengampun dosa yang besar, wahai Penyembuh tulang yang patah. Anugerahkan padaku penghancur dosa, tutuplah untukku pembongkar cela, Jangan lewatkan aku-di hari khiamat dari sejuknya ampunan dan maghrifah-Mu, jangan tinggalkan daku dari indahnya maaf dan penghapusan-Mu.

 Ilahi, naungi dosa-dosaku dengan awan rahmat-Mu. Curahi cela-celaku dengan hujan kasih-Mu. Ilahi, kepada siapa lagi hamba yang lari kecuali pada Mawla-Nya, adakah selain Dia yang melindunginya dari murka-Nya. Ilahi, sekiranya sesal atas dosa itu taubat, sungguh, demi keagungan-Mu, daku ini orang yang menyesal.

Sekiranya istighfar itu penghapus dosa, sungguh, kepada-Mu daku ini beristighfar, terserah pada-Mu jua (kecamlah daku sampai Kau redho). Ilahi, dengan kudrat-Mu ampuni daku. Dengan kasih-Mu maafkan daku. Dengan ilmu-Mu sayangi daku. Ilahi, Engkaulah yang membuka pintu menuju maaf-Mu, - kepada hamba-hamba-Mu, Kau namai itu taubat. Engkau berfirman: "Bertaubatlah dengan taubat nasuha!", Apa halangan orang yang lalai memasuki pintu itu - setelah terbuka. Ilahi, jika besar dosa dari hamba-Mu, baikkanlah maaf dari sisi-Mu. Ilahi, daku bukan pertama yang membantah-Mu dan Kau maafkan dan menolak nikmat-Mu tetap Kau kasihi.

Wahai yang menjawab pengaduan orang yang berduka. Wahai pelepas derita. Wahai penabur kurnia. Wahai Yang Maha Mengetahui rahsia. Wahai yang paling indah dalam menutup cela. Daku memohon pertolongan, dengan kurnia dan kebaikan-Mu. Daku bertawassul dengan kemuliaan dan kasih-Mu.

Perkenankan doaku, jangan kecewakan harapanku, terimalah taubatku, hapuskan kesalahanku dengan kurnia dan rahmat-Mu. Wahai Yang Terkasih dari segala yang mengasihi. Amin ya Rabbal a'lamin.

Friday, 27 November 2015

Permulaan kepada Idea

Sarah Atira. Seorang yang sangat mementingkan soal kewangan. Salah satu penuntut di sebuah kolej swasta di Malaysia. Dia seorang yang pemalu namun sangat aktif dalam bab kewangan. Disebabkan pinjaman kewangannya belum diluluskan, dia mengambil keputusan untuk bekerja sambil belajar. Tetapi, dia harus memikirkannya masak-masak supaya matlamat utamanya untuk belajar di kolej tidak akan terganggu.

Dia pun mencuba dahulu pekerjaannya itu sambil menstabilkan jadual waktu belajarnya dan bekerja. Dia bekerja pada hujung minggu. Pada hari lain, dia belajar macam biasa. Suatu hari, rakan kerjanya memberinya suatu idea untuk menambahkan pendapatan sampingan. 

"Apa kata awak cuba jual gula-gula di kolej awak ?"

Bagi Sarah Atira, dia langsung tidak pernah memikirkan tentang idea seperti itu. Dia merasakan itu suatu idea yang sangat baik sekali. Sepanjang hari dia tersenyum sambil memikirkan idea itu. Rakan kerjanya juga memberitahu tentang lokasi kedai borong gula-gula yang sangat dekat dengan tempat kerja mereka.

Balik dari bekerja, dia terus menelefon ibu ayahnya tentang hasratnya untuk menjual gula-gula. Ibu ayahnya bersetuju dengan cadangannya itu. Asalkan dia melakukannya secara serius dan bukannya hanya angan-angan semata-mata. Nasib baik pada waktu itu Sarah masih mempunyai simpanannya di  dalam bank. Dia mula membuat pelan awalnya seperti hari untuk pergi memborong gula-gula, waktu yang sesuai untuk menjual gula-gula, bajet, dan sebagainya. Disebabkan jadual kerjanya setiap hari penuh, dia harus memikirkan waktu yang sesuai untuk keluar pergi memborong.

Pada awalnya, dia langsung tidak memberitahu rakan serumahnya tentang hasratnya itu. Dia tidak mahu menyusahkan rakan-rakannya. Lagipun semua rakan rumahnya sudah balik kampung ketika itu kerana pada waktu itu ialah cuti pertengahan semester. Sarah tidak pulang ke kampung kerana dia mahu memenuhi masa lapangnya dengan mencari sumber kewangan. Biarlah dia bekorban masa sekarang, yang penting dia tidak menyusahkan orang lain.
Sambil menulis strategi menjual gula-gula, dia terfikir.

"aku mahu mula menjual gula-gula selepas musim cuti pertengahan semester ini."

(nantikan sambungannya)

Saturday, 21 November 2015

Bismillah di awal bicara

Apa yang anda mahukan dalam hidup anda ?
ketenangan ?
kewangan ?
keluarga ?
kebahagian ?
kecantikan ?
atau keredhaan Ilahi..

Apa pun matlamat anda dalam hidup ini, ingatlah, kita tidak akan kekal untuk hidup di dunia. Setiap tindakan kita akan memberikan kesan dikemudian hari. Fikirlah sebelum anda bertindak supaya tindakan anda mampu merubah anda dan orang sekeliling menjadi lebih baik untuk masa depan.
Teruskan melakukan yang terbaik dalam hidup. Hal ini untuk mengelakkan anda daripada melakukan perkara yang anda benar-benar menyesal dikemudian hari.

mulakan dengan Bismillah, diakhiri dengan tawakal dan Alhamdulillah.
Ayuh teruskan melakukan langkah pertama dan seterusnya, jangan berpatah balik :)

Aku Si Penganggur ?

Kenapa dengan penganggur? Ada masalah? Betulkah penganggur tiada kerja? Hinakah penganggur? Banyak masa lapang ? Suatu hari, Si Pengan...