Kenapa dengan penganggur?
Ada masalah?
Betulkah penganggur tiada kerja?
Hinakah penganggur?
Banyak masa lapang ?
Suatu hari, Si Penganggur memulakan kerjanya sebagai penganggur. Kerjayanya itu bermula selepas beliau tamat sesi Latihan Industri di sebuah syarikat logistik yang boleh dikategorikan terbesar di Malaysia juga. Sewaktu beliau bekerja sebagai penganggur, beliau berharap suatu hari nanti dapat mengambil peluang untuk 'menimba dan menggali dasar lautan pengalaman' di syarikat tersebut. Hal ini kerana, beliau terlalu stress bekerja sebagai penganggur.
Sewaktu beliau bekerja sebagai penganggur, beliau sering menghadapi insomnia (susah tidur malam). Beliau yang amat mementingkan kesihatan diri dengan beraninya pergi mendapatkan rawatan ke klinik yang tidak diketahui namanya. Setelah tiga hari doktor melakukan rawatan dan siasatan dengan mendapatkan rujukan daripada pakar Psikiatri, doktor itu mendapati punca insomnia beliau adalah kerana beliau mengambil masa yang terlalu lama untuk tidur di siang hari. Doktor itu menjelaskan yang beliau mempunyai jumlah rekod tidur yang terlalu panjang dalam sehari. Beliau memaklumkan kepada doktor tersebut tidur di siang hari merupakan salah satu daripada tugasan sebagai seorang penganggur. Beliau merupakan seorang yang sangat amanah dalam melakukan tugas harian. Akan tetapi, tugasan tidur di siang hari cuma mengambil masa selama 6 hari sahaja. Beliau amat bersyukur kerana berjaya melepasi tugasan tidur di siang hari tersebut. Walau bagaimanapun, kesan tugasan yang amat sukar itu terpaksa ditanggung untuk seminggu berikutnya.
Ini adalah serba sedikit pengalaman daripada seorang yang menjadi penganggur. Menjadi seorang penganggur bukannya mudah. Kadang-kadang seorang penganggur juga terpaksa menanggung masalah kesihatan seperti insomnia tersebut. 'Berat mata memandang, berat lagi mahu bangun tidur di waktu pagi'.
Sekian sahaja permulaan ini. Tidak ada kena-mengena antara yang hidup ataupun yang meninggal dunia. Yang tak elok, kita jadikan kain buruk, yang elok kita pakai. Waallahhualam.
Si Coklat
Tuesday, 2 May 2017
Saturday, 28 November 2015
Renungan Bersama
Munajat Orang Yang Bertaubat
Dengan Asma Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya
Allah, limpahkanlah solawat ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad.
Tuhanku, kesalahan telah menutupku dengan pakaian kehinaan,
perpisahan dari-Mu telah membungkusku dengan jubah kerendahan. Besarnya dosaku
telah mematikan hatiku. Hidupkan daku dengan ampunan-Mu, wahai Cita dan
dambaku. Wahai ingin dan harapku. Demi Keagungan-Mu, tidak kudapatkan
pengampunan dosaku selain-Mu. Tidak kulihat penyembuh lukaku selain-Mu. Daku
pasrah berserah pada-Mu, daku tunduk bersimpuh pada-Mu. Jika Kau usir daku dari
pintu-Mu, kepada siapa lagi daku bernaung. Jika Kau tolak daku dari sisi-Mu,
kepada siapa lagi daku berlindung. Celaka sudah diriku, lantaran aib dan
celaku, malang benar daku kerana kebodohan dan kejahatanku.
Daku bermohon pada-Mu, wahai pengampun dosa yang besar,
wahai Penyembuh tulang yang patah. Anugerahkan padaku penghancur dosa, tutuplah
untukku pembongkar cela, Jangan lewatkan aku-di hari khiamat dari sejuknya
ampunan dan maghrifah-Mu, jangan tinggalkan daku dari indahnya maaf dan
penghapusan-Mu.
Ilahi, naungi
dosa-dosaku dengan awan rahmat-Mu. Curahi cela-celaku dengan hujan kasih-Mu.
Ilahi, kepada siapa lagi hamba yang lari kecuali pada Mawla-Nya, adakah selain
Dia yang melindunginya dari murka-Nya. Ilahi, sekiranya sesal atas dosa itu
taubat, sungguh, demi keagungan-Mu, daku ini orang yang menyesal.
Sekiranya istighfar itu penghapus dosa, sungguh, kepada-Mu
daku ini beristighfar, terserah pada-Mu jua (kecamlah daku sampai Kau redho).
Ilahi, dengan kudrat-Mu ampuni daku. Dengan kasih-Mu maafkan daku. Dengan
ilmu-Mu sayangi daku. Ilahi, Engkaulah yang membuka pintu menuju maaf-Mu, -
kepada hamba-hamba-Mu, Kau namai itu taubat. Engkau berfirman:
"Bertaubatlah dengan taubat nasuha!", Apa halangan orang yang lalai
memasuki pintu itu - setelah terbuka. Ilahi, jika besar dosa dari hamba-Mu,
baikkanlah maaf dari sisi-Mu. Ilahi, daku bukan pertama yang membantah-Mu dan
Kau maafkan dan menolak nikmat-Mu tetap Kau kasihi.
Wahai yang menjawab pengaduan orang yang berduka. Wahai
pelepas derita. Wahai penabur kurnia. Wahai Yang Maha Mengetahui rahsia. Wahai
yang paling indah dalam menutup cela. Daku memohon pertolongan, dengan kurnia
dan kebaikan-Mu. Daku bertawassul dengan kemuliaan dan kasih-Mu.
Perkenankan doaku, jangan kecewakan harapanku, terimalah
taubatku, hapuskan kesalahanku dengan kurnia dan rahmat-Mu. Wahai Yang Terkasih
dari segala yang mengasihi. Amin ya Rabbal a'lamin.
Friday, 27 November 2015
Permulaan kepada Idea
Sarah Atira. Seorang yang sangat mementingkan soal kewangan. Salah satu penuntut di sebuah kolej swasta di Malaysia. Dia seorang yang pemalu namun sangat aktif dalam bab kewangan. Disebabkan pinjaman kewangannya belum diluluskan, dia mengambil keputusan untuk bekerja sambil belajar. Tetapi, dia harus memikirkannya masak-masak supaya matlamat utamanya untuk belajar di kolej tidak akan terganggu.
"Apa kata awak cuba jual gula-gula di kolej awak ?"
Dia pun mencuba dahulu pekerjaannya itu sambil menstabilkan jadual waktu belajarnya dan bekerja. Dia bekerja pada hujung minggu. Pada hari lain, dia belajar macam biasa. Suatu hari, rakan kerjanya memberinya suatu idea untuk menambahkan pendapatan sampingan.
"Apa kata awak cuba jual gula-gula di kolej awak ?"
Bagi Sarah Atira, dia langsung tidak pernah memikirkan tentang idea seperti itu. Dia merasakan itu suatu idea yang sangat baik sekali. Sepanjang hari dia tersenyum sambil memikirkan idea itu. Rakan kerjanya juga memberitahu tentang lokasi kedai borong gula-gula yang sangat dekat dengan tempat kerja mereka.
Balik dari bekerja, dia terus menelefon ibu ayahnya tentang hasratnya untuk menjual gula-gula. Ibu ayahnya bersetuju dengan cadangannya itu. Asalkan dia melakukannya secara serius dan bukannya hanya angan-angan semata-mata. Nasib baik pada waktu itu Sarah masih mempunyai simpanannya di dalam bank. Dia mula membuat pelan awalnya seperti hari untuk pergi memborong gula-gula, waktu yang sesuai untuk menjual gula-gula, bajet, dan sebagainya. Disebabkan jadual kerjanya setiap hari penuh, dia harus memikirkan waktu yang sesuai untuk keluar pergi memborong.
Pada awalnya, dia langsung tidak memberitahu rakan serumahnya tentang hasratnya itu. Dia tidak mahu menyusahkan rakan-rakannya. Lagipun semua rakan rumahnya sudah balik kampung ketika itu kerana pada waktu itu ialah cuti pertengahan semester. Sarah tidak pulang ke kampung kerana dia mahu memenuhi masa lapangnya dengan mencari sumber kewangan. Biarlah dia bekorban masa sekarang, yang penting dia tidak menyusahkan orang lain.
Sambil menulis strategi menjual gula-gula, dia terfikir.
"aku mahu mula menjual gula-gula selepas musim cuti pertengahan semester ini."
(nantikan sambungannya)

Saturday, 21 November 2015
Bismillah di awal bicara
Apa yang anda mahukan dalam hidup anda ?
ketenangan ?
ketenangan ?
kewangan ?
keluarga ?
keluarga ?
kebahagian ?
kecantikan ?
atau keredhaan Ilahi..
kecantikan ?
atau keredhaan Ilahi..
Apa pun matlamat anda dalam hidup ini, ingatlah, kita tidak akan kekal untuk hidup di dunia. Setiap tindakan kita akan memberikan kesan dikemudian hari. Fikirlah sebelum anda bertindak supaya tindakan anda mampu merubah anda dan orang sekeliling menjadi lebih baik untuk masa depan.
Teruskan melakukan yang terbaik dalam hidup. Hal ini untuk mengelakkan anda daripada melakukan perkara yang anda benar-benar menyesal dikemudian hari.
mulakan dengan Bismillah, diakhiri dengan tawakal dan Alhamdulillah.
Ayuh teruskan melakukan langkah pertama dan seterusnya, jangan berpatah balik :)
mulakan dengan Bismillah, diakhiri dengan tawakal dan Alhamdulillah.
Ayuh teruskan melakukan langkah pertama dan seterusnya, jangan berpatah balik :)
Subscribe to:
Posts (Atom)
Aku Si Penganggur ?
Kenapa dengan penganggur? Ada masalah? Betulkah penganggur tiada kerja? Hinakah penganggur? Banyak masa lapang ? Suatu hari, Si Pengan...
-
Kenapa dengan penganggur? Ada masalah? Betulkah penganggur tiada kerja? Hinakah penganggur? Banyak masa lapang ? Suatu hari, Si Pengan...